top of page

Whatsapp us at +60 14-685 7006 for consultation

Pastikan anda membaca semua penerangan sebelum kita memulakan sesi konsultasi

Perkiraan Falaq Jodoh ini adalah perkiraan di mana gabungan nama anda dan pasangan akan dapat memberikan satu bacaan perjalanan rumah tangga anda dari mula anda berkahwin sehingga lah 50 tahun kehadapan dengan ketepatan yang tinggi..

Hasil bacaan pengiraan Nama anda dan pasangan, ia akan dapat membantu anda untuk 'mengenali' dan 'memahami' apakah punca atau sebabnya perjalanan rumah tangga anda begitu dan begini, dan bilakah masanya fasa-fasa Bahagia atau fasa-fasa Dugaan itu akan berakhir dengan tepat mengikut tahun-tahun di sepanjang perkahwinan.

Tahukah anda ?

Ramai yang tidak tahu bahawa perjalanan kehidupan seseorang itu dipengaruhi oleh namanya sendiri dan ianya bermula pada hari pertama dia diberikan nama oleh kedua ibu bapanya. Sebab itu, namakanlah anak-anak dengan nama yang baik dan bukan hanya maksud yang baik, tetapi juga harus dengan ‘perkiraan’ yang baik. Sayangnya, tak semua orang tahu akan adanya ilmu perkiraan nama ini. Rahsia yang perlu diketahui adalah bahawa pada "NAMA" seseorang terdapat perkiraannya yang tersendiri dan apabila dirungkai, ia akan memberikan bacaan tentang perjalanan kehidupan individu tersebut. Pada zaman dahulu, mungkin kita pernah mendengar cerita bahawa jika seorang anak sering sakit, orang tua-tua akan menasihati supaya menukarkan nama anak itu kerana namanya mungkin "berat" dan anak tersebut tidak mampu menanggung beban nama itu. Oleh itu, ibu bapanya menukar nama anak tersebut dengan harapan penyakitnya sembuh dan dia kembali sihat. Dan sebab itulah, 'nama' memainkan peranan penting dan mempengaruhi kehidupan seseorang sejak hari pertama dia diberikan nama oleh kedua-dua ibu bapanya. Setelah melangkah ke alam perkahwinan, perjalanan kehidupannya kini dipengaruhi pula dengan 'Perkiraan Rumah Tangga' bersama pasangannya. Sebab itu, ada yang kita lihat, seseorang itu hidupnya berubah jadi senang setelah menikah dan yang lain pula kita lihat kehidupannya jatuh terduduk dengan pelbagai dugaan setelah menikah. Ada yang kita lihat, rumah tangga yang penuh dengan masalah sejak awal pernikahan hingga ke usia tua. Ada juga yang bahagia hingga ke akhir hayat perkahwinan. Ada yang turun naik, melalui susah dan senang. Setiap perkahwinan mempunyai fasa-fasanya, dan tidak sama pasang surutnya dengan yang lain.

Icons.png
Gradient Background

Perkiraan Falaq Jodoh sesuai untuk..

Mereka yang bakal mendirikan rumahtangga

Mereka yang ingin memahami dan mengetahui perjalanan pasang surut rumahtangga (fasa-fasa senang dan susah)

Individu yang sedang buntu membuat keputusan penting dalam hubungan suami isteri (bercerai atau bertahan)

Individu yang sedang berkawan atau bercinta dan ingin mengetahui potensi jodoh dengan pasangan tersebut

Sedang dalam dilema memilih bakal suami atau isteri yang sesuai atau serasi sebagai pasangan hidup

Mereka yang nak tahu tentang perjalanan kerjaya dan turun naik perniagaan

Screenshot Konsultasi

Ini adalah beberapa kes rumahtangga yang telah melalui sesi konsultasi.

Mungkin sebelum ini, anda pernah melakukan pengiraan Nama & Tarikh Lahir menggunakan kaedah Metafizik, Padanan Nama, Numerologi, Kiraan Tarikh Lahir, dan lain-lain yang seumpamanya. Namun, Ilmu Perkiraan Falaq Jodoh ini sama sekali berbeza dengan kaedah-kaedah pengiraan tersebut.

Kaedah pengiraan seperti yang disebutkan di atas hanya memberikan gambaran ringkas tentang personaliti, unsur diri, nombor tertentu, atau tahap keserasian pasangan. Ilmu ini sekadar menganalisis sejauh mana hubungan itu mudah atau sukar, tetapi ia tidak dapat menentukan dengan tepat bilakah fasa kesenangan dan kesusahan dalam rumahtangga akan berlaku.

 

Berbeza dengan kaedah pengiraan Falaq Jodoh, pendekatan ini lebih terperinci dan mampu mengenal pasti turun naik serta pasang surut sesebuah rumahtangga dengan ketepatan yang tinggi.

Gradient Background

Setiap rumahtangga itu tak sama Pasang dan Surutnya..

Setiap rumah tangga itu mempunyai pasang surutnya. Ada masanya berada di puncak kebahagiaan, dan ada masanya diuji dengan dugaan yang menggoncang. Tidak selamanya rumah tangga itu panas, dan tidak selamanya ia sejuk.

Melalui Perkiraan Falaq Jodoh, perjalanan pasang surut sesebuah rumah tangga atau perkahwinan itu dapat dibaca dengan tepat, termasuk bilakah fasa-fasa bahagia akan bermula dan berakhir serta bilakah fasa-fasa dugaan akan berlaku sepanjang tahun-tahun perkahwinan.

Kiraan Falaq Jodoh ini dapat membantu dalam memahami pasang surut rumah tangga serta memudahkan pengambilan keputusan sekiranya berada di persimpangan antara perpisahan atau mempertahankan perkahwinan.

Begitu juga bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan, perkiraan ini akan dapat membantu untuk mengenal pasti fasa-fasa 'jatuh bangun' sebuah perniagaan itu mengikut tahun-tahunnya dengan tepat.

Icons.png

Berminat nak mengetahui Perkiraan Rumahtangga anda dan bakal pasangan? 

Saya telah mendalami Ilmu Perkiraan Falaq Jodoh selama lebih 30 tahun, membantu ribuan individu sejak tahun 90-an memahami keserasian dan perjalanan hubungan sebelum mendirikan rumah tangga. Ilmu ini merupakan warisan turun-temurun yang pernah menjadi rujukan ulama terdahulu, digunakan untuk menganalisis pola kehidupan seseorang berdasarkan nama pasangan, tarikh lahir, serta faktor lain yang berkaitan.

Melalui perkiraan ini, mereka yang bakal berkahwin atau merancang perkahwinan dapat mengenal pasti potensi cabaran dalam hubungan serta mencari penyelesaian lebih awal. Faktor seperti keserasian, komunikasi, kewangan, dan personaliti memainkan peranan penting dalam perjalanan rumah tangga. Dengan analisis yang tepat, mereka dapat membuat keputusan lebih bijak dan bersedia menghadapi alam perkahwinan dengan pemahaman yang lebih mendalam.

Untuk pengiraan ini, dengan keahlian dan kepakaran saya dalam Ilmu Perkiraan Falaq Jodoh, saya menetapkan bayaran atau ‘mahar’ bagi kerja-kerja pengiraan yang dilakukan. Jika tidak berminat, abaikan sahaja. Tiada paksaan.

Component 285 – 1.png

Perkiraan Asas adalah di kira untuk 5 tahun pertama anda dan bakal pasangan (andai berjodoh antara keduanya). Penerangan akan di berikan sampai anda faham dalam konsultasi Whatsapp.

PERKIRAAN ASAS - RM 60.00

Component 286 – 1.png

Perkiraan Penuh Turun Naik dan Pasang Surut Rumahtangga anda dan bakal pasangan dari mula berkahwin sehingga ke hujung fasa rumahtangga (andai berjodoh antara keduanya).

* Lebih daripada 1,500 patah perkataan penerangan beserta graf mengenai perjalanan turun naik dan pasang surut rumahtangga dari fasa awal hingga fasa akhir, termasuk salinan PDF untuk rujukan dan simpanan. Penerangan akan diberikan sehingga anda faham dalam sesi konsultasi di WhatsApp.

PERKIRAAN PENUH - RM 150.00

Gradient Background

Bagaimana nak mula ?

Sila isi maklumat di bawah jika anda berminat untuk meneruskan sesi pengiraan dan konsultasi Falaq Jodoh. Anda akan dihubungi melalui WhatsApp untuk langkah seterusnya.

Gradient Background

Soalan Lazim

Adakah mereka yang belum berkahwin dan bakal berkahwin boleh membuat Perkiraan Falaq Jodoh?

​Ya, boleh. Adalah lebih baik jika Perkiraan Falaq Jodoh dibuat sebelum berkahwin. Contohnya, jika anda mempunyai teman lelaki atau teman wanita yang ingin dijadikan calon suami atau isteri, anda boleh melihat bagaimana keadaan rumah tangganya jika berkahwin dengan orang tersebut.

​Saya sudah berkahwin lebih dari 50 tahun. Adakah saya boleh membuat perkiraan Falaq Jodoh ini?

​Ya boleh. Tak kiralah berapa lama dan berapa tahun anda sudah berkahwin, anda boleh membuat perkiraan Falaq Jodoh ini. Perkiraan Falaq Jodoh akan dapat membaca Turun Naik dan Pasang Surut Rumah Tangga anda dari awal nikah hingga ke hujung fasa perkahwinan atau rumahtangga.

​Melalui kaedah pengiraan ini, adakah kita boleh mengetahui sama ada jodoh kita berkekalan atau kekal selamanya dengan pasangan kita?

​Terdapat dua perkara, iaitu ajal dan jodoh, yang tidak dapat kita ketahui dengan pasti. Bilakah kita akan meninggal dunia atau adakah jodoh kita akan kekal selamanya, sememangnya tidak diketahui. Namun, bagaimana keadaan rumah tangganya apabila berjodoh, ya, perkara ini boleh diketahui melalui kaedah Ilmu Perkiraan Falaq Jodoh ini.

​Apakah maklumat yang diperlukan untuk membuat Perkiraan Falaq Jodoh ini?

​Yang Sudah Berkahwin:
Nama penuh suami dan isteri beserta tarikh lahir dan tarikh nikah.

​Yang Bakal Berkahwin:
Nama penuh bakal suami dan bakal isteri beserta tarikh lahir.

Adakah pengiraan Falaq Jodoh ini sama seperti Metafizik, Numerology atau Pengiraan Tarikh Lahir?

Tidak sama. Perkiraan Falaq Jodoh ini adalah berbeza sama sekali dengan method pengiraan Metafizik, Numerology, Pengiraan Tarikh Lahir, atau kaedah-kaedah yang serupa dengannya.

Kaedah seperti Metafizik, Numerology, Pengiraan Tarikh Lahir hanya memberikan gambaran umum mengenai personaliti, unsur diri, aura atau energy nombor-nombor tertentu, atau keserasian pasangan. Kaedah tersebut hanya mampu memberi maklumat asas tentang diri atau hubungan, tetapi tidak dapat mengetahui dengan lebih dalam dan jelas secara tepat bila waktu atau tahun tertentu fasa-fasa kesenangan dan dugaan (pasang surut) dalam sesebuah hubungan atau rumah tangga.

​Adakah tuan ada membuat sesi konsultasi secara berdepan? (1 to 1)

Ya. Setelah anda membuka perkiraan penuh, anda boleh berjumpa saya secara berdepan jika anda ingin mengetahui lebih dalam akan Perkiraan Falaq Jodoh ini.  Saya di Johor Bahru dan sememangnya dari seluruh Malaysia termasuk dari Indonesia, Brunei dan Singapura datang ke Johor Bahru untuk berjumpa saya (masalah rumah tangga dan orang yang nak berkahwin).

​Adakah Tuan ada membuka kelas mengajar ilmu Falaq Jodoh ini?

Saya tidak membuka mana mana kelas untuk mengajar ilmu perkiraan ini.

​Saya tidak pernah tahu dan tidak pernah nampak akan adanya Ilmu Perkiraan Falaq Jodoh ini. Dari manakah tuan belajar ilmu perkiraan ini?

Saya baru sahaja memperkenalkan ilmu perkiraan ini di media sosial, jadi mungkin sebab itu anda baru menemuinya sekarang. Namun, sebenarnya saya telah berkecimpung dalam ilmu perkiraan ini selama 30 tahun, sejak tahun 90-an. Saya mula mendalami dan mempelajari ilmu ini daripada datuk saya sejak tahun 1994.

ANDA BERMINAT

Copyright © 2025 Falaq Jodoh. All rights reserved.

bottom of page